Sabtu, 29 Mac 2014

Mengenai Polimas


Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) terletak di Bandar Darulaman, Jitra, lebih kurang 25 kilometer dari Alor Setar, ibu negeri Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.
Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. 
Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan telah dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 23 Mac 1989. Semenjak dari tarikh ini lahirlah nama Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.

Mengenai jurusan Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Program ini merupakan satu cabang kejuruteraan yang berkaitan dengan aplikasi praktikal bagi merekabentuk, fabrikasi dan operasi litar elektronik komunikasi serta menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik.

Mengenai OBE

OBE adalah satu proses pendidikan yang memberi tumpuan untuk mencapai hasil
tertentu dari segi pembelajaran pelajar secara individu dengan pelbagai kaedah
berpusatkan pelajar (SCL).Hasil menjadi perkara utama, pelajar perlu
faham dan boleh buat atau sifat-sifat yang
mereka perlu bangunkan.Struktur Pendidikan dan kurikulum
program Diploma Politeknik direka untuk
mencapai keupayaan yang berketerampil
dan berkualiti. Jika hasil tidak dicapai, penambahbaikan
program dibuat berdasarkan program yang
dijalankan pada masa tersebut untuk memastikan terdapat Peningkatan Kualiti
Berterusan (CQI) dalam sistem pendidikan dan penekanan secara berterusan perlu
diberikan.

Pengenalan Diri

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya,nama di beri Mohd  Iqbal bin Rosle.Umur 20.Beraasal Alor Setar,Kedah.Saya masih belajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau dikenali sebagai POLIMAS.Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk membuat tugasan Computer Application(BC101).Tajuk tugasan tersebut ialah mengenai POLIMAS.